Kehidupan itu adalah sementara. Setiap kehidupan mempunyai pelbagai warna. Pementasan kehidupan mempunyai catitan dan rentetannya yang tersendiri. Tiada seorang pun akan tahu kemana halu tuju sebuah kehidupan. Sejauh mana ditiup, sedalam mana ditenggelami, setinggi mana diangkat dan selaju mana dilontar, kita akan tetap MENCARI KEHIDUPAN...
Monday, June 7, 2010
NOVEL :: MENCARI KEHIDUPAN_CH 3
Friday, June 4, 2010
NOVEL :: MENCARI KEHIDUPAN_CH 2
CHAPTER 2
Melihat matahari yang rebah tersungkur dan lama kelamaan hilang dari pandangan mengingatkan aku kembali peristiwa-peristiwa pahit yang terjadi pada diri. Tatkala hembusan demi hembusan kepulan asap keluar dari mulut begitu juga harapan aku untuk menghilangkan masalah yang ada pada diri, tapi tahu akan kebenaran tidak semudah itu masalah dapat diselesaikan. Aku masih mencari erti kehidupanku.
Ketika itu terdetik seketika akan peristiwa permulakan kisah kehidupanku. Menjadi harapan ibubapa untuk melihat anak-anak mereka belajar di tempat yang tertinggi dan berjaya dalam pelajaran, begitu juga hasrat ibubapaku. Aku mendapat tempat untuk meneruskan pelajaran di sebuah institusi yang amat dikenali akan kehebatannya. Kejayaan itu merupakan hadiah terbaik yang dapat aku berikan kepada ibubapaku ketika itu. Namun harapan dan kegembiraan mereka musnah dek kerana perubahan yang berlaku terhadap diri.
Seperti anak muda lain, waktu di zaman universiti adalah waktu yang paling bebas untuk kita melakukan apa sahaja kerana kita adalah kita. Tidak terkecuali dengan aku yang amat dahagakan kebebasan ketika itu. Berasal dari kampung yang tiada tempat gelap untuk berseronok dan tiada sinaran cahaya untuk menari sehingga puas, begitu lah yang dapat digambarkan diriku ketika itu. Tidak pernah berasa bosan dengan hidup kelawar malam malah sering mencari kenikmatan yang belum dirasai. Akhirnya pelajaranku terabai dan keputusan peperiksaanku jauh menyimpang dari yang diingini.
Setahun penderitaan yang terpaksa aku jalani kerana biasiswa dibekukan dan hidupku tidak keruan. Ketika itu timbul rasa sesal dilubuk hati kerana perbuatan sendiri. Aku mula mengambil langkah untuk menampung kehidupan di universiti dengan menjalankan perniagaan kecil-kecilan. Berbekalkan mulut manis dan sifat yang ramah aku mengambil upah menjual burger dari bilik ke bilik di universiti. Pendapatan yang tidak begitu lumayan tetapi cukup untuk menampung kehidupan harian.
Hari demi hari keseronokan berniaga makin bertambah dan mindaku mula memikirkan cara-cara untuk menambahkan pendapat yang sedia ada. Dengan berbekalkan simpanan yang ada, aku memulakan perniagaan sendiri di universiti dengan menjalankan perniagaan cetakan pakaian. Syukur kepada Allah yang memberi akal ini sehingga aku dikenali sebagai usahawan di universiti. Keseronokan berniaga makin bertambah dan aku sekali lagi terjerumus dalam situasi yang tidak sepatutnya ketika di menara gading. Apa yang dimaksudkan adalah alam percintaan. Ketika pelajaran dan perniagaanku stabil aku diberi ujian olehNya dengan seseorang yang bergelar wanita. Hari demi hari aku bersamanya dan terasa dunia ini suram jika sehari tidak bertemu kekasih hati.
Masa dan wang tidak menjadi halangan untuk aku bersama si dia dan bagiku hari-hariku hanya untuk si dia. Perasaan itu yang memusnahkan segalanya sehingga aku sekali lagi dipanggil oleh pihak universiti dan diberi amaran terakhir kerana pencapaianku yang tidak memuaskan. Masa dan wang yang ku kejar selama ini rupa-rupanya hanya meninggalkan kesan hitam dalam hidupku sehingga aku tidak lagi bergelar pelajar. Masa depanku menjadi gelap. Perniagaan yang dicipta lenyap dan bunga yang dipuja hilang dimata. 4 tahun masa remajaku musnah tanpa sebarang kejayaan. Aku membawa diri dengan sekeping kertas yang hanya mempunyai sebaris ayat pemusnah…GAGAL
Tangisan ibubapaku tidak akan ku lupa sehingga keakhir hayat…
Thursday, June 3, 2010
NOVEL :: MENCARI KEHIDUPAN_CH 1
CHAPTER 1
Bertemankan katil dan bunyian cengkerik malam, aku hanya termenung dan